Sunday, 15 February 2015

Cara Untuk Mengelakkan Kita Bosan dengan Pasangan.

Assalamualaikum Semuaaa..
      Malam ni rase nak membebel lagilahh.. Hah, malam ni sarah nak membebel macam mana nak buat sesuatu supaya hubungan tu tak bosan.

Pertama : Kalau boleh korang jangan keluarkan perkataan bosan itu sendiri. Contohnya, macam ni la ye.. Korang dah kenal lelaki or perempuan tu dah lebih daro 5 tahun, tetiba je rasa macam nak cari orang lain sebab bosan., jemu la asyik keluar dengan dia je..kita try orang lain. haaa, yang tu sikap yang not good ye.... kalau sekali kita dah keluar perkataan bosan dalam diri kita, akan terulang banyak kali perasaan tu..

Kedua: Setia
  Kalau kita setia dengan pasangan kita, kenapa pula kita nak rasa bosan dengan dia kan ? betul tak ? situasi ni lebih kurang sama macam situasi pertama tadi.


Ketiga: Sabar dengan dugaan.
     Haaa, yang ni kalau tak kuat, x cekal, memang senang kot cari orang lain..sebab? 'kita tak suka la ada dugaan2 ni.. baik cari orang lain..bosanlaa dia ni...banyak sangat dugaan dalam hidup..'
haa, yang camni saya tak tahula kan ada ke tak orang macam ni..rasanya ramai kot..tapi kan, kalau dah kata sayang, kenapa la nak tinggalkan pasangan kita tu kerana dia diuji, ehh dan kahwin pun nanti Allah tetap uji kita tau.. cuma kita je tak tahu Allah uji macam mana...

Sarah rasa cukuplah tiga tips sahaja untuk malam ini.. selamat beramal ye semua.. Laila saaeda... Assalamualaikum

No comments: