Friday, 6 March 2015

Sebab Hubungan Tidak Mampu Bertahan.

Assalamualaikum Warga Blogger...
   Syukur Alhamdulillah, dengan rahmat-Nya kita masih mampu bernafas sampai ke saat ini.. Alhamdulillah, malam ni Sarah berkesempatan untuk berkongsi mengapa hubungan kita tidak mampu bertahan..

1. Menipu.

       Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sesebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada dikalangan kita ni kononnya menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak tahu bahawa hati pasangan akan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.


                                             


2. Harapan / Kebebasan.

        Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya, malah mereka bergantung penuh kepada pasangan mereka. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan terputus tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal inilah yang membuatkan hubungan tersekat.


3. Mengungkit Hal Yang Lalu.

      Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.


                                                




4. Kehidupan Yang Sangat Mendesak.

      Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.



5. Kawan-kawan dan Keluarga.

      Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.

                                  
6. Hal-hal yang Menyakitkan Hati.

       Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakitkan hati orang lain. Jadi kalau itulah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.

Jadi, hargailah pasangan kita jika anda sayangkan hubungan tersebut. Itu sahaja yang Sarah dapat kongsikan kepada anda semua pada malam ini. Semoga dapat faedah daripada apa yang Sarah kongsikan yer.. Assalamualaikum...

No comments: